The Budget Is Yours

Assalamualikum,

We're very glad to have you viewing the page. We hope all the information will help you to compare and make a decision of the services you required from us. We're looking forward to provide you the service with full of commitment, at the same time helping you to save your budget. Happy browsing!!

Kami sangat berbesar hati dengan kesudian anda melayari laman ini. Kami berharap segala maklumat dapat membantu anda membuat perbandingan seterusnya membuat keputusan mengenai perkhidmatan yang dikehendaki. Kami bersedia memberi perkhidmatan dengan penuh komitmen, dalam masa yang sama membantu anda berjimat. Selamat melayari!!


LATEST UPDATE

JADUAL KURSUS MAKE-UP ANJURAN BIASWARNA MAKEUP ACADEMY (JAN-JUN 2012)

JAN & FEB 2012
TARIKH HARI KURSUS IEM (04 Jam) KURSUS PIE (01 Hari) TEMPAT KURSUS
1) 07 Januari 2012 Sabtu - IPOH (HOTEL SERI M'SIA IPOH)
2) 08 Januari 2012 Ahad - KUALA LUMPUR (KUALA LUMPUR IYC)
3) 14 Januari 2012 Sabtu - KEMAMAN (KEMAMAN RUZITA BRIDAL)
4) 15 Januari 2012 Ahad - KUANTAN (HOTEL SERI M'SIA KUANTAN)
1) 04 Febuari 2012 Sabtu - MIRI (MIRI IMPERIAL HOTEL)
2) 11 Febuari 2012 Sabtu - SHAH ALAM (SHAH ALAM GRAND BLUEWAVE)
3) 18 Febuari 2012 Sabtu - JOHOR BHARU (HOTEL SERI M'SIA JB)
4) 19 Febuari 2012 Ahad - KLUANG (KLUANG HOTEL ANIKA)



MAC & APRIL 2012
TARIKH HARI KURSUS IEM (04 Jam) KURSUS PIE (01 Hari) TEMPAT KURSUS
1) 03 Mac 2012 Sabtu KEMAMAN - (KEMAMAN RUZITA BRIDAL)
2) 04 Mac 2012 Ahad KUANTAN - (KUANTAN HOTEL SERI M'SIA)
3) 10 Mac 2012 Sabtu KUALA LUMPUR - (KUALA LUMPUR IYC)
4) 11 Mac 2012 Ahad IPOH - (IPOH HOTEL SERI M'SIA)
1) 06 April 2012 Jumaat MIRI - (MIRI IMPERIAL HOTEL)
2) 14 April 2012 Sabtu SHAH ALAM - (SHAH ALAM GRAND BLUEWAVE)
3) 21 April 2012 Sabtu JOHOR BHARU - (JOHOR BHARU HOTEL SERI M'SIA)
4) 22 April 2012 Ahad KLUANG - (KLUANG HOTEL ANIKA)


MAY & JUNE 2012
TARIKH HARI KURSUS IEM (04 Jam) KURSUS PIE (01 Hari) TEMPAT KURSUS
1) 05 Mei 2012 Sabtu IPOH - (IPOH HOTEL SERI M'SIA)
2) 06 Mei 2012 Ahad KUALA LUMPUR - (KUALA LUMPUR IYC)
3) 26 Mei 2012 Sabtu KEMAMAN - (KEMAMAN RUZITA BRIDAL)
4) 27 Mei 2012 Ahad KUANTAN - (KUANTAN HOTEL SERI M'SIA)
1) 01 June 2012 Jumaat MIRI - (MIRI IMPERIAL HOTEL)
2) 09 June 2012 Sabtu SHAH ALAM - (SHAH ALAM GRAND BLUEWAVE)
3) 16 June 2012 Sabtu JOHOR BHARU - (JOHOR BHARU HOTEL SERI M'SIA)
4) 17 June 2012 Ahad KLUANG - (KLUANG HOTEL ANIKA)

YURAN:
INTENSIVE EXPRESS MAKEUP IEM (RM180)
PROFESSIONAL INTENSIVE EXPRESS PIE (RM300)


HUBUNGI PN.QIA 012-5902800 UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN
More details: biaswarna.biz

Cream Lace (L/P)

Cream Lace (L/P)
Pemilihan warna krim atau putih amat sesuai untuk majlis nikah kerana kelembutan warnanya. Warna seperti ini melambangkan kesucian, selari dengan keikhlasan mempelai untuk mendirikan masjid dengan limpahan keberkatan.

Gold Lace (L/P)

Gold Lace (L/P)
Antara warna paling ulung dalam senarai pemilhan warna bagi Raja Sehari. Kilauan emas yang sinonim dengan kemewahan meletakkan pasangan mempelai sebagai Raja dan Ratu di hari bahagia mereka.

Purple Lace (L/P)

Purple Lace (L/P)
Ungu juga antara tema warna kegemaran dan seringkali disuai-padan dengan tema warna kelengkapan perkahwinan yang lain.

Green Songket (L/P)

Green Songket (L/P)
Walaupun begitu banyak ciptaan terbaru dan kontemporari di pasaran, penggayaan songket yang semakin dilupakan kini mula mendapat tempat kembali di hati mempelai. Secara peribadi, saya lebih suka rekaan songket 'dibiarkan' seadanya tanpa disulam manik. Dengan ini kaslian songket dapat dilihat sepenuhnya.

Green Lace (L/P)

Green Lace (L/P)
Warna yang membawa maksud kesegaran ini tidak kurang indahnya jika dipadankan dengan eksesori sesuai dan elegan.

Javanese Costume (L/P)

Javanese Costume (L/P)
Kostum pengantin tradisional sering digayakan untuk sessi fotografi. Tidak kurang juga yang memilihnya sebagai pakaian bersanding atas alasan tersendiri kerana tradisi nusantara amat luas dalam masyarakat kita.

Korean Costume

Korean Costume
Kostume masyarakat luar juga menjadi pilihan untuk sessi fotografi. Mempelai tidak melepaskan peluang untuk bergaya dalam kostum yang asing tetapi amat istimewa sebagai kenangan perkahwinan.

Wedding Gown

Wedding Gown
Menjadi satu kemestian gaun putih untuk digayakan pada majlis potong kek, sessi fotografi atau seumpamanya dalam mempelbagaikan penampilan mempelai yang dirai.

Male Tanjak

Male Tanjak
Koleksi sampin dan tanjak pelbagai warna untuk padanan kepada pengantin lelaki.